1.0 PENDAHULUAN
Tarian
adalah adalah suatu persembahan dengan gaya ekspresi diri dan komunikasi yang
universal. Ia ditakrifkan sebagai seni gerak. Seni gerak mengandungi segala
gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan . Seni ini dapat
dilihat pada gerakan tangan, kaki, badan, mata dan anggota badan yang lain.
Seorang
ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan definisi
seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa
manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Dalam kebudayaan melayu
terdapat berbagai-bagai jenis tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang
telah dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Menurut Jaafar Mampak, tarian melayu
asliterbahagi kepada dua jenis. Pertama, tarian yang bercorak lemah lembut
seperti tarianMak Inang dan Siti Payung. Kedua, tarian rancak yang merupakan
hasil daripada pengaruh tarian Portugis seperti tarian Ronggeng, Serampang Laut
dan Singapura Dua.
Seni
tari boleh dikategorikan dalam berbagai-bagai jenis. Antara pembahagian yang
boleh dibuat terhadap seni tari melayu adalah tarian-tarian yang bercorak seni
tari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan, pertabalan, istiadat
menyembah dan sebagainya. Tarian-tarian ini termasuklah tarian Siti Payung, Mak
Inang, Asyik, Gamelan dan sebagainya. Jenis kedua ialah tarian-tarian yang
memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti tarianRodat, Hadrah dan
sebagainya. Ketiga ialah Tarian rakyat seperti Dondang Sayang, Ronggeng, Joget
dan sebagainya. Keempat ialah tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki
sahaja seperti tarian Kuda Kepang ,tarian Labi-labi, tarian Berdayung dan
sebagainya.
2.0 ISI
2.1 PENGENALAN TARIAN
MELAYU
Definisi tarian dari segi bahasa ialah
gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik (Kamus
Dewan, Edisi Ketiga), manakala tafsiran ahli sejarah pula mendefinisikan seni
tari sebagai gerakan yang berirama (C.Sachs).
Tarian boleh diertikan sebagai seni lakon dibawah unsur kesenian dan
dilihat dibawah aspek kebudayaan. Ianya dapat dizahirkan melalui sebarang
gerakan yang dapat melambangkan kebudayaan sesuatu masyarakat dan gerakan yang
dilakukan pula menggambarkan perasaan jiwa manusia.
Seni tari adalah gerak indah yang
mengandungi dua unsur penting iaitu gerak dan irama. Gerak merupakan gejala
primer dan juga bentuk spontan daripada kehendak yang terdapat dalam jiwa
sementara irama adalah bunyi teratur yang mengiringi gerak tersebut. Gerak
tarian biasanya diinspirasikandaripada pengalaman hidup seharian. Oleh itu,
gerak ini memiliki muatan emosi yang tinggi. Selain gerak dan bunyi, sesebuah
tarian kadang-kadang diiringi pula dengan nyanyian yang sesuai dengan makna dan
tujuan tarian itu.Tarian yang berkembang dalam kebudayaan Melayu mengandungi
aspek gerak, irama dan nyanyian ini biasanya dipersembahkan dalam upacara adat,
upacara ritual, menyambut tetamu penting atau sekadar mempereratkan pergaulan
dan meramaikan peristiwa penting seperti majlis perkahwinan.
Tarian adalah pergerakan tubuh badan
secara beriramayang dilakukan di tempat dan waktu tertentu untuk keperluan
pergaulan, mengungkapkan perasaan, maksud, dan pemikiran. Muzik atau
bunyi-bunyian yang mengiring tarian memperkuat maksud yang ingin disampaikan
oleh penari atau koreografer tarian itu. Gerakan tarian berbeza dari gerakan
sehari-hari seperti berlari, berjalan atau bersenam kerana tarian biasanya
bertujuan menyampaikan atau menyuarakan sesuatu melalui gerak tubuh yang
disulami emosi penarinya. Tarian terbahagi kepada beberapa genre seperti tarian tradisional rakyat, kreasi baru,
moden, kontemporari dan satu ketika dahulu terdapat tarian yang dikhususkan
untuk golongan istana seperti joget gamelan.
Tarian juga turut dipersembahkan dalam
bentuk penceritaan yang disebut dramatari.Tarian melayu melambangkan adat resam
dan budaya masyarakat melayu. Ia memberikan gambaran sebenar mengenai kehidupan
semulajadi dan cara hidup mereka. Perkara yang paling unik tentang seni tarian
oleh masyarakat melayu adalah setiap negeri mempunyai hasil tarian yang beridentitikan
negeri masing-masing.
2.2 BAHAGIAN DALAM
SETIAP TARIAN MELAYU
TARIAN
JOGET
Tarian Joget merupakan sejenis tarian
Melayu tradisional. Tarian Joget sangat digemari oleh masyarakat berbilang kaum
di Malaysia kerana ia mudah dipraktikkan dan dipelajari. Tarian ini biasa
dipersempahkan ketika upacara Mandi Safar.[1]Suatu ketika dahulu di Negeri
Melaka, tarian Joget Lambak begitu terkenal. Malah Joget Lambak juga menjadi
acara bagi memeriahkan majlis-majlis perkahwinan dan keramaian terutamanya di
Negeri Melaka.
Tarian Joget dipercayai berasal daripada
tarian Kaum Portugis iaitu Branyo. Ketika itu Joget diiringi lagu-lagu seperti
Jingkling Nona tetapi sekarang banyak lagu-lagu dihasilkan seperti Joget
Serampang Laut, Joget Rentak 106, Joget Johore Sport Club, Joget Pucuk Pisang
dan lain-lain lagi. Joget juga dikenali sebagai ronggeng yang mengambil nama
daripada perkataan “wrong gang” kerana ditarikan secara berpasangan lelaki dan
wanita.
Dalam tarian joget, gerak geri kaki
lebih penting daripada gerakan tangan. Tempo tarian joget yang sederhana ialah
langkah 2/4 dan langkah 3/8 untuk pergerakan yang pantas. Tarian Joget
ditarikan dalam satu kumpulan pergaulan yang terdiri orang tua, muda, lelaki
dan wanita secara berpasangan. Orang yang sedang menari dikatakan berjoget atau
bertandak sementara pengiring tarian dikatakan pencak joget.
Dalam pesta-pesta keramaian, penari
lelaki berjoget akan mengembing atau mempelawa (menjemput) penari wanita agar
berjoget dengannya tetapi dalam persembahan joget di atas pentas terdapat 3
atau 4 pasangan penari joget dalam satu-satu persembahan.
Pakaian penari joget lelaki ialah
sepasang baju Melayu lengkap dengan songkok dan samping. Sementara pakaian
wanita ialah kebaya labuh serta sanggul atau bunga di atas kepalanya.
Warna-warna pakaian lelaki dan wanita biasanya seragam untuk menimbulkan
keserasian dan kesenian tarian joget.
TARIAN INANG
Inang memberi pengertian sebagai pengasuh.
Tarian Inang meberi gambaran bagaimana lembut dan sopan santunnya seorang wanita
pengasuh. Penari lelaki merupakan pasangan untuk menggambarkan keserasian dalam
kehidupan keluarga atau masyarakat.
Tempo pergerakan taria inang yang
sederhana ialah 2/4 diselangi dengan paluan gong. Inang juga boleh ditarikan
dengan pantas iaitu 4/4 berdasarkan irama masri. Lengok Tari Inang yang biasa
ditarikan ialah Inang Selendang, Ayam didik, Tari Payung, Tari Sapu Tangan,
Tari Lilin dan lain-lain bergantung kepada peralatan yng diragakan dalam tarian
tersebut.
Tarian Inang ditarikan secara berpasangan
oleh penari lelaki dan wanita. Penari wanita memakai selndang dan berbaju
kebaya dengan cucuk sanggul sementara lelaki memakai sepasang baju Melayu
lengkap bersongkok dan bersamping. Pergerakan tariannya banyak tertumpu kepada
bahagian tangan yang diangkat selaras bahu baik oleh lelaki atau wanita.
Tarian Inang merupakan versi moden bagi
tarian tradisional rakyat iaitu Tarian Mak Inang. Ia sering dipersembahkan di
majlis-majlis sosial. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola
dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang
berwarna-warni. Tarian versi lama iaitu Tarian Mak Inang. Tarian Mak Inang
dicipta semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tarian ini amat terkenal pada
masa dahulu sebagaimana ianya terkenal pada hari ini.
Tajuk lagu Mak Inang yang mengiringi
tarian ini telah dititahkan ciptaannya oleh Sultan Mahmud Shah yang sangat
gemarkan kesenian. Arahan ini telah dikeluarkan oleh Sultan kepada ketua inang
atau ketua dayang untuk diajar kepada para dayang bagi dipersembahkan kepada
Sultan semasa majlis keramaian.Lagu dan tarian ini sungguh mempersonakan dan
mempunyai kualiti persembahan istana. Tarian ini juga dipanggil sebagai Tarian
Si Kembang Cina. Kini tarian Mak Inang yang juga dikenali sebagai Tarian Inang
(versi moden tarian Mak Inang) dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan
perkahwinan
TARIAN ZAPIN
Tarian Zapin (Jawi:زافين) merupakan
sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan
Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di
kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semenjung Tanah Melayu,
Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu
hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah
mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih
tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan
tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah:
1. Tarian
Zapin Arab
2. Tarian
Zapin Johor
3. Tarian
Zapin Lenga
4. Tarian
Zapin Pekan
5. Tarian
Zapin Tenglu
Tarian Zapin mementingkan pergerakan
berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi
tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas. Biola tidak
tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah
dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai
persamaan dengan gesekan biola.
TARIAN KUDA KEPANG
Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis
tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa
dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur
Islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperangan
Rasulullah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh
pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang
beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan
dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.
Tarian Kuda kepang amat digemari oleh
penduduk Johor, terutamanya dari keturunan Jawa. Kuda kepang ini biasanya
dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat
daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi
lebih menarik.
Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang
penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya akan mempunyai
seorang ketua. Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas
arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini
biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi
suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis
perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang
larang bagi mereka yang menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci
penarinya atau akan menimpa musibah.
Tarian kuda kepang tradisi dikatakan
memiliki banyak jampi serapah, dan pemain yang menarikannya boleh menjadi lupa.
Mata penari yang berada dalam keadaan ini berkilauan, tidak boleh bercakap,
manakala pergerakan dan kelakuan mereka menyerupai kuda. Hakikatnya, situasi
seseorang penari itu bergantung kepada kekuatan roh juga niat atau azam diri.
Faktor lain ialah makhluk yang menyerap dalam tubuh yang dipanggil atau diseru
melalui rangkaian jampi mantera yang dituturkan oleh pawang yang mengetuai
kumpulan, perasapan kemenyan, sajian yang dihidangkan, juga bunyi gendang dan
gong yang dipalu. Mereka yang dirasuk dikatakan mampu melakukan perkara-perkara
merbahaya seperti memakan kaca atau juga mengupas kelapa dengan gigi.
Disebabkan itu, tarian kuda kepang yang masih mengamalkan jampi serapah
difatwakan sebagai bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.
Terdapat berbagai pendapat mengenai asal
usul tarian ini. Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo
yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di
kawasan pedalaman di Jawa, Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati
orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang
kuda. Setelah waktu berlalu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau
buluh bagi menggantikan kuda sebenar. Ada pula yang berpendapat asal usul
tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala
tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang.
Persembahan kuda kepang ini biasanya
dipersembahkan bersama-sama persembahan tarian Barongan dengan tradisi
mempersembahkan tarian Barongan selepas tarian Kuda Kepang kemungkinannya
merupakan bukti kepentingan tarian Kuda Kepang dan Barongan dalam penyebaran
syiar Islam ketika itu.
TARIAN ASYIK
Tarian Asyik merupakan sejenis tarian
Melayu klasik dari daerah - daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja -
raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini
bersesuaian dengan gerak - geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan
ketertiban. Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan
tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian
tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.Tarian asyik ini ditarikan
dalam upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di
Istana.
Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja
Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada
menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik. Tarian
Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan dihadapan raja
dan permaisuri. Penari asalnya dalam pakaian berkemban, dengan tali pinggang
dan mahkota kecil. Bahagian utama tarian Asyik terdiri dari duduk bersimpuh
dengan gerakan membayangkan haiwan dan persekitarannya; alunan ombak laut,
burung melayang, ikan berenang, gajah berarak, dan sebagainya. Sesetengah
pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak Yong. Tarian Asyik biasanya
ditarikan oleh inang remaja di istana.
TARIAN CINTA SAYANG
Tarian Cinta Sayang berasal dari satu
tarian asli yang bernama "Zikir Rahmat". Tarian ini terkenal di
negeri Kedah. Lazimnya tarian ini ditarikan oleh nelayan-nelayan di utara
Malaysia. Cinta Sayang menggambarkan suasana dalam mana keluarga-keluarga
nelayan yang mengucapkan selamat belayar sambil berdoa untuk keselamatan
nelayan-nelayan semoga menperolehi rezeki yang banyak. Nelayan-nelayan itu pula
berdoa agar isteri mereka selamat dari bahaya semasa peninggalan mereka. Kini,
tarian cinta sayang ditarikan sebagai satu tarian untuk bersuka ria dan
ditarikan secara berpasangan.
2.3 KEBUDAYAAN MALAYSIA
Budaya atau kebudayaan berasal daripada
bahasa Sansekerta, iaitu buddhayah yang berasal daripada bentuk jamak dari
buddhi (budi atau akal). Pengertian ini boleh diertikan sebagai hal-hal yang
berkaitan dengan budi dan akal manusia. Dalam bahasa Inggeris, kebudayaan
disebut culture, yang berasal daripada perkataan Latin ‘colere’, iaitu
bermaksud mengolah atau mengerjakan. Pengertian ini bertolak daripada tradisi
pekerjaan utama manusia yang berbentuk mengolah tanah atau bertani (kerja-kerja
pertanian).
Budaya dalam pengertian yang lebih luas
adalah pancaran daripada budi dan daya sesebuah masyarakat. Hal ini merujuk
kepada keseluruhan apa-apa yang difikir, dirasa dan direnung diamalkan dalam
bentuk daya menghasilkan kehidupan. Budaya adalah cara hidup sesuatu bangsa
atau umat. Budaya tidak lagi dilihat sebagai pancaran ilmu dan pemikiran yang
tinggi dan murni dari sesuatu bangsa untuk mengatur kehidupan berasaskan
peradaban.
Kebudayaan sangat erat hubungannya
dengan masyarakat. Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski mengemukakan
bahawa segala sesuatu yang terdapat dalam masyarakat ditentukan oleh kebudayaan
yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri. Istilah tepat untuk pendapat itu
adalah Cultural-Determinism. Herskovits memandang kebudayaan sebagai sesuatu yang
turun temurun dari satu generasi ke generasi yang lain, yang kemudian disebut
sebagai superorganic. Menurut Andreas Eppink, kebudayaan mengandungi
keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta keseluruhan
struktur-struktur sosial, religious (keagaman), dan lain-lain.
Menurut Edward B. Tylor, kebudayaan
merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan
intelektual, kepercayaan (agama), kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan
kemampuan-kemampuan lain yang berada di dalam diri seseorang sebagai anggota
masyarakat yang mengamalkan kebudayaan sebagai sarana hasil karya, rasa, dan
cipta masyarakat.
Daripada berbagai definisi tersebut,
dapat diperoleh pengertian mengenai kebudayaan yang akan mempengaruhi tingkat
pengetahuan dan meliputi sistem idea atau gagasan yang terdapat dalam pikiran
manusia, sehingga dalam kehidupan sehari-hari, kebudayaan itu bersifat abstrak.
Sedangkan perwujudan kebudayaan adalah benda-benda yang diciptakan oleh manusia
sebagai makhluk yang berbudaya, berupa perilaku dan benda-benda yang bersifat nyata,
misalnya pola-pola perilaku, bahasa, peralatan hidup, organisasi sosial,
religi, seni, dan lain-lain, yang kesemuanya ditujukan untuk membantu manusia
dalam melangsungkan kehidupan bermasyarakat Menurut Koentjoroningrat (1986),
kebudayaan dibagi ke dalam tiga sistem, pertama sistem budaya yang lazim
disebut adat-istiadat, kedua sistem sosial di mana merupakan suatu rangkaian
tindakan yang berpola dari manusia. Ketiga, sistem teknologi sebagai modal
peralatan manusia untuk menyambung keterbatasan jasmaniahnya.
Berdasarkan konteks budaya, ragam
kesenian terjadi disebabkan adanya sejarah dari zaman ke zaman. Jenis-jenis
kesenian tertentu mempunyai kelompok pendukung yang memiliki fungsi berbeza.
Adanya perubahan fungsi dapat menimbulkan perubahan yang hasil-hasil seninya
disebabkan oleh dinamika masyarakat, kreativitas, dan pola tingkah laku dalam
konteks kemasyarakatan.
Shamsudin Othman (2008) menjelaskan
bahawa Kebudayaan Malaysia adalah semua aturan akal budi Melayu yang menjadi
teras dalam seluruh kehidupan masyarakat hingga sebagian besar rakyat Malaysia
dapat mengidentifikasikan diri dan merasa bangga dengan karya yang diciptanya.
Kebudayaan Malaysia adalah satu kesepakatan majmuk yang terdiri daripada
pelbagai kebudayaan dan berkembang menurut tuntutan sejarahnya sendiri.
Pengalaman serta kemampuan kepelbagaian ini mampu memberikan jawapan terhadap
keaslian bentuk kesenian dan kebudayaan tersebut.
Masyarakat di Malaysia terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama. Setiap kaum di Malaysia mempunyai budaya yang unik dan
warisan budaya tersendiri. Contohnya terdapat perbezaan antara tarian, muzik, bahasa
dan dialek yang digunakan oleh pelbagai kaum. Seni tari merupakan sebahagian
daripada budaya kita. Dalam masyarakat tradisional, tarian dipersembahkan semasa
majlis keramaian. Budaya ini wujud sehingga ke hari ini. Walaubagaimanapun, terdapat
tarian tradisional yang diubah suai mengikut perkembangan semasa. Tarian
biasanya diiringi dengan muzik. Alat-alat muzik terdapat dalam pelbagai jenis
dan berbeza mengikut kaum.
Keunikan budaya Malaysia juga dapat
diketahui melalui pelbagai bahasa dan dialek. Bahasa merupakan satu cara
berkomunikasi. Terdapat pelbagai bahasa di Negara kita seperti Bahasa Melayu,
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Dialek pula wujud apabila sekelompok manusia
mengubah suai bahasa mengikut budaya tempatan. Misalnya terdapat pelbagai
dialek dalam Bahasa Melayu seperti dialek Kelantan, Kedah dan dialek Negeri
Sembilan. Dialek yang ada dalam masyarakt Cina seperti Kantonis, Hokkien, Hakka,
Teochew dan Foochow. Kaum India menggunakan bahasa Tamil, Malayalam dan Telegu.
Walaupun budaya masyarakat kita berbeza, namun kita masih boleh hidup dalam
keadaan harmoni. Negara kita menjadi teladan kepada Negara lain yang mempunyai
masyarakat majmuk.
2.4 KEKUATAN SEORANG
PENARI
Bagi seorang penari, kekuatan tubuh
sangat penting terutama pada bahagian-bahagian tubuh tertentu yang sering
melakukan gerakan. Kekuatan utama yang perlu diutamakan ialah segmen kedua
kaki, dimana kedua kaki inilah yang menjadi sokongan untuk seluruh badan sama
ada dalam keadaan diam atau bergerak. Kekuatan kaki menjadi pusat jika
dibandingkan dengan bahagian tubuh lain kerana perlu menjadi penyokong
sekiranya tubuh badan bergerak.
Dalam konteks gerak tari, gerak yang
dilakukan cenderung tidak sama dengan gerakan seharian. Keadaan ini membuatkan
adanya latihan yang perlu dilakukan sebelum seseorang itu menari sekadar untuk
menyedari bahawa gerakan dalam tarian bukan gerakan naluriah tetapi merupakan
media untuk mengungkapkan perasaan, maka dari situ lahirlah stylisasi yang
cenderung akibat dari gerakan seharian.
Kekuatan adalah kemampuan otot-otot
untuk mengatasi sesuatu beban atau tahanan dalam menjalankan aktiviti. Latihan
kekuatan harus dilatih paling awal sebelum pengembangan unsur-unsur yang lain.
Cara meningkatkan kekuatan adalah dengan melakukan latihan dengan tahanan.
Latihan tahanan dapat dilakukan dengan berjalan, menahan, mengangkat beban,
mendorong atau menahan sesuatu tahanan atau beban. Dalam meningkatkan latihat
kekuatan, kita harus ingat akan prinsip peningkatan atau penahanan beban secara
bertahap atau berperingkat.
Selain itu, kalenturan juga kekuatan
seorang penari. Kelenturan adalah kemampuan tubuh seseorang untuk melakukan
gerakan dengan amplitud gerakan yang luas. Usaha gerakan-gerakan tersebut
dihasilkan atas kamampuan kelenturan tubuh atau persendian-persendian. Bentuk
latihannya ditujukan pada penguluran atau perenggangan otot, tendo dan ligamen
serta memperlebar gerakan-gerakan pada persendian dengan jalan mengayunkan
seluas mungkin. Beberapa keuntungan apabila seorang penari memiliki kelenturan
yang baik iaitu cepat menguasai teknik sesuatu gerakan, tidak mudah cedera,
gerakan-gerakan seluruh segmen tubuh akan dapat dilaksanakan dengan mudah
sehingga tidak mudah letih dan membantu daya tahanan, kecepatan dan kelincahan.
Disamping itu, daya tahanan juga
kekuatan seorang penari. Daya tahanan adalah kemampuan bertahan untuk melawan
keletihan yang timbul semasa melakukan aktiviti. Berdasarkan unsur daya tahanan
ini, seorang penari harus selalu dijaga terutama ketika sedang menari
lebih-lebih lagi tarian yang mempunyai durasi yang panjang. Ini merupakan daya
tahanan secara umum, ciri latihannya adalah menuju perkembangan kemampuan
jantung, peredaran darah, pernafasan, relaxasi otot. Kaedah latihan yang
digunakan adalah latihan interval dengan batas waktu latihan yang cukup lama
secara terus menerus.
Stamina merupakan salah satu bentuk daya
tahanan iaitu daya tahan lamanya organisme tubuh untuk melawan keletihan yang
timbul akibat latihan dengan menggunakan tenaga yang efektif dalam waktu
tertentu. Stamina menentukan prestasi penari karana mempunyai nilai yang lebih
tinggi daripada daya tahan. Daya tahan yang baik belum tentu stamina baik
tetapi stamina yang baik bermaksud seseorang itu mempunyai daya tahan yang
baik.
3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya terdapat banyak lagi
jenis-jenis tarian masyarakat di Malaysia. Semua jenis tarian mempunyai sejarah
dan tujuan yang tersendiri. Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah mengenali budaya
setiap masyarakat yang ada di negara kita. Sebagai contoh mengetahui serba
sedikit mengenai budaya tarian dan juga budaya-budaya lain masyarakat di
Malaysia. Oleh itu, secara tidak langsung kita dapat menyokong saranan Perdana
Menteri tentang Satu Malaysia.
Dasar
Kebudayaan Kebangsaan bermatlamat untuk mewujudkan satu masyarakat berbilang
kaum yang bersatu-padu. Objektif Dasar KebudayaanKebangsaan ialah Mengukuhkan
perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan,Memupuk dan memelihara
keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan, dan
Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian
yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Usaha ini harus dipuji
memandangkan semangat gigih pasukan dalam mengangkat tarian warisan ini
merupakan salah satu daripada tarian yang telah diiktiraf sebagai warisan
kebangsaan.
4.0 RUJUKAN
Ahmad, N. A. (2009, Mac 27). Warisan
tarian Melayu. Didapatkan Oktober 13, 2014, daripada Pengenalan: http://warisantarianmelayu.blogspot.com/
Ain, F. (2010, Oktober 6). Tarian-tarian
di Malaysia. Didapatkan Oktober 13, 2014, daripada Jenis Tarian di
Malaysia: http://tarian-tariandimalaysia.blogspot.com/
Negara, J. W. (2014, Januari 15). Tarian.
Didapatkan Oktober 13, 2014, daripada Tarian:
http://www.heritage.gov.my/index.php/warisan-tidak-ketara/seni-persembahan/pendokumentasian-mek-mulung
Rushdan, I. (2013, May 24). Tarian Melayu.
Didapatkan Oktober 13, 2014, daripada Tarian Melayu Tradisional: http://www.slideshare.net/nazraira/tarian-tradisional-melayu
Sivik, C. (2012, Desember 12). Cikgu
sivik 9192. Didapatkan Oktober 13, 2014, daripada Tema 4 : Kenali Budaya
Malaysia:
http://cikgusivik9192.wordpress.com/nota/tema-4-kenali-budaya-malaysia/
Sudin, R. C. (2011, Desember 8). Tarian
Inang. Didapatkan Oktober 13, 2014, daripada Tarian Inang:
http://ana09muzik.blogspot.com/
Tradisi, K. K. (2013, September 25). Anjung
Tradisi. Didapatkan Oktober 13, 2014, daripada Tarian Cinta Sayang:
http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/09/tarian-cinta-sayang.html
Zazali, N. I. (2010, OGOS 10). Tarian
Dulu, Kini dan Selamanya. Didapatkan oKTOBER 13, 2014, daripada
Pengenalan: riandulukinidanselamanya.blogspot.com/2010/08/pengenalan.html
saya dah beli tikett
ReplyDelete