1.0 PENDAHULUAN
Tarian adalah adalah suatu persembahan dengan
gaya ekspresi diri dan komunikasi yang universal. Ia ditakrifkan sebagai seni
gerak. Seni gerak mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai
unsur-unsur keindahan . Seni ini dapat dilihat pada gerakan tangan, kaki,
badan, mata dan anggota badan yang lain.
Seorang
ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan definisi
seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia
melalui gerak-geri berirama yang indah. Dalam kebudayaan melayu terdapat
berbagai-bagai jenis tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah
dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Menurut Jaafar Mampak, tarian melayu
asliterbahagi kepada dua jenis. Pertama, tarian yang bercorak lemah lembut
seperti tarianMak Inang dan Siti Payung. Kedua, tarian rancak yang merupakan
hasil daripadapengaruh tarian Portugis seperti tarian Ronggeng, Serampang Laut
dan Singapura Dua.
Seni
tari boleh dikategorikan dalam berbagai-bagai jenis. Antara pembahagian yang
boleh dibuat terhadap seni tari melayu adalah tarian-tarian yang bercorak seni
tari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan, pertabalan, istiadat
menyembah dan sebagainya. Tarian-tarian ini termasuklah tarian Siti Payung, Mak
Inang, Asyik, Gamelan dan sebagainya. Jenis kedua ialah tarian-tarian yang
memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti tarianRodat, Hadrah dan
sebagainya. Ketiga ialah Tarian rakyat seperti Dondang Sayang, Ronggeng, Joget
dan sebagainya. Keempat ialah tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki
sahaja seperti tarian Kuda Kepang ,tarian Labi-labi, tarian Berdayung dan
sebagainya.
2.0 ISI
2.1 PERBEZAAN ANTARA TARIAN
KREATIF DAN KREASI BARU
Tarian
kreatif
(ANUAR, 2009) Tarian kreatif merupakan sebuah medium
menyampaikan satu jalan cerita atau idea berdasarkan gerakan kreatif dengan
diiringi muzik tersendiri berdasarkan pola lantai yang di susun berkonsepkan
jalan cerita yang tersendiri. Gerakan tarian ini mempunyai ciri-ciri kreatif
yang di cipta oleh seorang penari. Tarian ini juga mempunyai kreografi yg
tersendiri.
Tarian
kreasi baru
Tari
kreasi baru adalah salah satu rumpun tari yang mengalami pembaharuan, dapat
pula dikatakan bahwa tari kreasi baru adalah inovasi dari seorang koreografer
atau pencipta tari untuk menciptakan suatu tarian baru. Endang Caturwati
mengatakan, kreasi baru merupakan karya yang dihasilkan atas kreativitas
indvidual atau kelompok, sebagai karya yang ditata dengan sentuhan atau cita
rasa baru.
Selain
itu, pengertian tentang tari kreasi baru juga dipaparkan oleh Arthur S Nalan
sebagai hasil ciptaan iaitu ciptaan tari yang muncul sekitar tahun 1950-an
kerap kali disebut dengan tari kreasi baru. Untuk lebih jelasnya tari kreasi
baru merupakan wujud garapan tari yang hidup relatif masih muda, lahir setelah
tari tradisi berkembang cukup lama, serta tampak dalam garapan tariannya itu
telah ditandai adanya pembaharuan-pembaharuan.
Tari
kreasi baru merupakan jenis tarian yang memiliki kebebasan dalam penciptaannya.
Dalam penciptaan tersebut para koreografer tari mengacu pada tari tradisi di
daerah setempatnya, bahkan ada juga para koreografer tari yang mengambil
inspirasinya dari daerah-daerah lain dan mencampurkan gerak tari yang lepas
dari ikatan-ikatan tradisi yang biasa disebut dengan gerakan moden.
2.2 PERBEZAAN TARIAN
ASLI DAN MODEN
Tarian
asli
Mahupun begitu, tarian tradisional sering
dihubungkaitkan dengan semanngat ritual dan mistik. Sejajar dengan proses globalisasi, kemasukan
tarian kontemporari dari negara barat semakin menular dikalangan masyarakat
Malaysia dan amat digemari oleh anak-anak muda masa kini. Kebiasaannya, tarian seringkali dikaitkan
dengan iringan muzik. Tarian dan muzik
bagaikan ritma yang tidak dapat dipisahkan.
Selain itu, tarian juga dapat dijadikan sebagai suatu alat yang dapat
mengeratkan perhubungan sesama manusia disamping memuliharanya agar tidak ditelan zaman.
Tarian
moden
Tarian Moden membawa maksud tarian yang diringi dengan alunan
muzik yang rancak serta ditarikan oleh penari perempuan dan lelaki muda.
Kebiasaanya, tarian moden ini diminati oleh anak-anak muda kerana ia
berunsurkan gerak tarian yang bertenaga dan mengikut peredaran masa. Dalam
tarian moden, terdapat beberapa unsur negatif dalam diri remaja seperti ponteng
kelas dan kekurangan disiplin diri kerana mudah terikut-ikut dan terpengaruh
dengan sesuatu yang baru.
2.3 PERBEZAAN BUSANA
MALAYSIA DAN ANTARABANGSA
Busana
Malaysia
(SIVIK,2013)
Malaysia mempunyai pelbagai jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai
bentuk dan warna. Dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu hinggalah kain
songket di Raja yang antik.Pada zaman
dahulu penduduk pribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan
hiasan manik. Dengan ketibaan tamadun lama kain tenunan dan batik melayu oleh orang kenamaan dan kerabat DiRaja.
Dengan
ketibaan pedagang asing pakaian serta kain seperti sutera cina, pelekat dan
jubah arab diperkenalkan di negara ini. Kini pakaian tradisional seperti kebaya
Melayu, sari India dan cheongsam Cina masih digunakan dengan meluas di
Malaysia. Budaya pemakaian tradisional semakin dilupakan. Oleh itu,budaya
memakai pakaian tradisional seharusnya dikekalkan supaya tak lapuk dek hujan
tak lekang dek panas. Jika dilihat, kebanyakkan remaja Melayu di zaman era
globalisasi ini lebih menyukai pakaian ala-ala barat.Mereka tidak sedar dengan
perbuatan yang sebegitu sebenarnya sedikit sebanyak menghakis budaya pemakaian
pakaian tradisional sesebuah kaum itu sendiri. Dalam erti kata
lain,berbanggalah dengan pakaian tradisional kita sendiri kerana itu dapat
melambangkan identiti sesebuah masyarakat itu sendiri.
Pakaian
Masyarakat Melayu
Baju
Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu Baju
Kurung Teluk Belanga ataupun Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai
semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi
menunaikan Sembahyang Jumaat.
Baju
kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Pengertian
kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’
anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan
Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan
longgar, labuh atau panjang.
Pakaian
Masyarakat Cina
Samfoo
turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan
dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju
yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama
seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat
daripada kain lembut seperti kain sutera.
Cheongsam
atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa
dan menikmati kesuksesan dalam dunia busana internasional. Nama “Cheongsam”
bererti “pakaian panjang”, diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dari dialek
Propinsi Guangdong (Canton) di Tiongkok.Cheongsam merupakan gaun khas
masyarakat Cina yang melekat di tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh si
pemakainya. Cheongsam tradisional banyak menggunakan bahan satin atau sutera
yang bermotif khas seperti bunga, burung, naga, dan sebagainya
Pakaian
Masyarakat India
Dhoti
merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang
bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja
kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut. Dhoti
diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di
bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada
bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan
menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini
banyak dipakai oleh golongan ceti.
Sari
merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut
dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran
semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima
belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan
lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan
singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri.
Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya
tidak terurai.
Pakaian Masyarakat Sabah
Pakaian
istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung,
seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita
memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi
tali pinggang .
Pakaian
istiadat suku Kaum Rungus. Pakaian lelaki terdiri dari baju badu, seluar soval,
bengkung hokos dan pakaian kepala sigal dari kain pis. Wanita memakai baju
sempit banat dan kain paras lulut tapi serta hiasan kepala disebut sisingal dan
rampai. Perhiasan diri dari jalinan manik-manik berwarna-warni disebut pinakol
dan togkol.
Pasangan
suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian
lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang
dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.
Pakaian
Masyarakat Sarawak
Kain
Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas Kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain
yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman
atau tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan
sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang
dan celah kangkang.
Ia
merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar
daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai
pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu.
Wanita
Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan
panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada
sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang
kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian
tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka
corak jalur-jaluran yang bewarna-warni.
Busana antarabanga (korea)
1. Jeogori atau atasan
Hanbok
wanita, dibandingkan dengan hanbok Pria, lebih sering mengalami perubahan.
Sebelum dinasti jeoseon, panjangnya sepinggang dan terikat menghubungkan bagian
depan dengan bagian belakang. Di Masa Jeoseon Akhir, bentuk jeogori hanya
sepanjang batas bawah ketiak. Namun bagian depannya lebih panjang hingga
menutupi kawasan dada.
2. Chima atau rok
Chima
adalah semacam rok yang bulat mengembang dan panjangnya mulai dada hingga
menutupi kaki. Saat ini, dibuat seperti sejenis dengan baju u-can see untuk
mempermudah pemakaian. Dengan bentuknya yang longgar dan mengembang, tentu saja
menyembunyikan bentuk lekuk tubuh wanita pemakainya. Hal ini sesuai dengan
ajaran konfusianisme yang banyak dianut orang Korea zman dulu. Namun, bentuknya
yang longgar membuat pemakainya leluasa untuk melakukan pekerjaan rumah dengan
bersila dan berjongkok -posisi yang nyaman untuk bekerja pada saat itu- juga
untuk berhormat kepada orang.
4. Otgoreum (Cloth Strings)
Otgoreum
adalah pita yang dipakai pada baju hanbok untuk wanita, yang melintang ke rok
atau chima.
5. Durumagi
Awalnya
durumagi dipakai oleh pegawai Kerajaan sebagai pakaian dinas sehari-hari
mereka. Durumagi adalah sejenis coat panjang yang dipakai sebagai luaran dikala
angin sedang berhembus dingin-dinginnya.
6. Gat-Jeogori
Bentuknya
sedikit lebih besar dibandingan dengan Jeogori. Bedanya hanya dibagian dalam
pakaian jenis ini terbuat dari bulu kelinci, sehingga tetap membuat pemakainya
tetap hangat. Bahan yang di luar biasanya terbuat dari sutra.
7.
Changot
Di
zaman Jeoseon dipakai oleh orang-orang kelas bangsawan atau prang terpandang.
Merupakan varian lain hanbok selain hanbok yang biasa kita lihat.
8. Hanbok Pria
Jeogori
bagi Pria, pada umumnya sedikit berbeda dibandingkan dengan milik wanita. Bagi
pria, ukurannya sepanjang pinggang bahkan lebih panjang. Namun, seperti halnya
Jeogori untuk wanita, untuk mengaitkan pakaian antara kanan dengan kiri,
diikatkan dengan pita di depan dada. Hal yang paling penting dalam pembedaan
hanbok pria dan wanita adalah cara penyimpulan pita. Coba anda perhatikan,
penyimpulan pita di hanbok wanita menyisakan bagian sisa yang lebih panjang
hingga menjuntai, dan simpul berada di sebelah kiri. Sedangkan untuk pria, tak
ada bagian sisa yang menjuntai.
Baji
atau celana, sebelum zaman Jeoseon,bentuknya menyempit dan mengikuti lekuk
tubuh untuk memudahkan aktifitas berburu dan berkuda. Namun, di masa Jeoseon
yang bidang agrarisnya lebih ditekankan, celana longgar semacam model baggy
lebih nyaman digunakan. Baji pun lebih nyaman didunakan untuk berjongkok dan
bersila di atas lantai, daripada celana yang ketat.
9. Hakjangui
Ha-
berarti belajar atau ilmu. hakja berarti ilmuwan atau cendekia. hanbok jenis
ini dipakai oleh kalangan cendekia pada masa Koryo hingga masa Jeoseon. Dilihat
dari garis potongan bajunya, memiliki makna rendah hari dan juga berbudi
pekerti yang luhur.
10. Shimui
Hanbok
ini dikenakan para cendekia/ilmuwan ketika di wajtu senggang atau pada saat
beristirahat. Shim (심)
berarti merenung. Oleh karena para ilmuwan biasanya di waktu senggang masih
suka merenungkan sesuatu, pakain ini kemudia dinamakan sedemikian hingga.
Pakaian-pakaian ilmuwan ini, dilihat dari bentuknya, lebih cocok dikenakan
untuk belajar pasif daripada aktif. Seperti melukis atau ilmu filsafat.
11. T’eol Magoja
Pakaian
ini sebenarnya lebih ke arah pakaian orang Manchuria. Pertama kali
diperkenalkan oleh seorang politikus Korea di zaman Jeoseon yang ditugaskan di
daerah Manchuria, dan kembali lagi ke Korea dengan menggunakan pakaian jenis
ini. Pakaian ini di dalamnya dilapisi bulu. Juga sebagai simbol kemewahan.
12. Gat
Gat
adalah jenis topi tradisional Korea yang dikenakan oleh pria pada saat pergi
keluar rumah atau menghadiri acara-acara penting. Gat memiliki pinggiran yang
luas dan lebar yang dinamakan yangtae, dan bagian tengahnya berbentuk tabung
tinggi. Pengencang gat adalah tali yang diikatkan di bagian bawah dagu. Orang
Korea telah mengenakan gat semenjak Zaman Tiga Kerajaan (37 SM-668 M) untuk
melindungi kepala dari sinar matahari dan hujan. Pada pertengahan zaman Dinasti
Jeoseon (abad 16-17), gat dikenakan sebagai lambang status sosial oleh kaum
bangsawan dan ilmuwan dan bagian penting dari pakaian sehari-hari. Gat
dipandang sebagai alat yang membedakan bangsawan dengan mereka yang tak
berbudaya.
13. Jipsin
Jipsin
(짚신) adalah jenis sepatu
tradisional khas Korea yang terbuat dari bahan jerami. Istilah jipsin juga
diberikan untuk sepatu tradisional yang terbuat dari bahan kain dan rami.
Sepatu jipsin diperkirakan telah dikenakan oleh orang Korea sejak zaman Tiga
Kerajaan (37 SM-668- M). Dalam beberapa lukisan kuno, sering digambarkan
seorang pengelana yang bepergian menggantungkan sepatu jeraminya di punggung.
Di masa Dinasti Jeoseon (1397-1910) sebagian besar rakyat menjadikan jipsin
sebagai alas kaki mereka sehari-hari. Karena pada masa itu, rakyat Korea
sebagian besar bekerja di bidang pertanian, bahan jerami untuk membuat jipsin
dapat dengan mudah ditemukan. Biasanya mereka membuat jipsin pada musim dingin,
saat tidak turun ke ladang untuk bercucuk
tanam.
2.4 PERANAN SEORANG PENARI
Peranan seorang penari adalah menghiburkan orang
dengan gerak tari yang dilakukan dengan alunan muzik . selain itu, penari juga
membawa symbol budaya sesebuah negara iaitu dengan menari mengikut budaya di
sesebuah tempat. Bagi yang perempuan, mereka dihias secantik mungkin. Manakala
si lelaki dikemaskan rambut dan pakaian supaya nampak gagah serta perkasa.
Apabila sedia semuanya, masing-masing mula mengambil
tempat. Muzik dipasang dan berkumandang di setiap penjuru dewan, pentas dan
padang. Bagaikan sudah sebati dengan alunan irama muzik itu, baik si perempuan
mahupun lelaki mula melenturkan tangan dan menggerakkan badan mengikut rentak
muzik dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir, mereka mewarnai
pesta-pesta seperti Citrawarna, majlis keramaian, program berbentuk tradisional
ataupun mengiringi persembahan seseorang artis.
2.5 SALAHKAH SEORANG PENARI
MENJADI PENARI
Menjadi
seorang penari adalah salah sekiranya seorang penari itu tidak menutup aurat
ketika menari. Selain itu, seorang penari itu mempunyai niat untuk menarik
perhatian seorang lelaki. Seseoramg penari itu tidak salah menjadi penari
sekiranya niat untuk menari adalah betul. Contohnya niat seorang penari itu
adalah mempersembahkan budaya negaranya kepada negara lain.
Salah
seorang penari itu menjadi penari sekiranya dalam tariannya mempunyai
pargabungan antara lelaki dan perempuan. Hal ini kerana lelaki dan perempuan
adalah haram untuk bersentuhan. Di samping itu, menjadi seorang penari adalah
salah sekiranya penari itu menari untuk memuaskan nafsu atau menghilangkan
tekanan dalam diri.
Tambahan
lagi sekiranya seorang penari itu menghabiskan masanya dengan menari tanpa
menjalankan kewajipannya sebagai seorang umat Islam. Seterusnya salah seorang
penari iyu menjadoi penari sekiranya menari itu melalaikannya.
2.6 ASAL TARIAN DABUS
Sejarah
Tarian Dabus
Tarian
dabus berasal dari Nusantara iaitu Aceh dan Banten, Ternate dan sekitarnya juga
adalah tempat tumbuh dan berkembangnya seni Debus di wilayah timur Nusantara
yang ada sejak ratusan tahun lalu. Debus di diubah dan disebut Dabus atau
Badabus. Ritual ini biasanya dipertunjukkan atau dilakukan dalam suatu hajatan
yang berupa upacara ritual untuk menebus kaul seseorang yang pernah mengucapkan
hajat akan mempertunjukkan Dabus, apabila ia selamat dari sesuatu musibah atau
penyakit berat yang dideritanya.
Pertunjukan
Dabus ini terdapat hampir di seluruh jazirah Maluku Utara, termasuk Ternate dan
Tidore. Pelaksanaan ritual Dabus biasanya dipimpin oleh seorang guru agama ahli
kebatinan, yang biasanya disebut “Joguru” yang dalam pelaksanaannya Dabus ia
harus disapa; “Syekh”. Ia dibantu oleh para muridnya/santri yang berjumlah
sekitar lima hingga sepuluh orang.
Alat
khusus untuk pertunjukan Dabus
Terdiri
dari dua buah batang besi bulat sebesar ibu jari yang hujungnya diasah runcing
dan tajam dan di bagian ujung lainnya dibentuk dengan kayu bulat sebesar
kepalan tangan dan dihiasi dengan untaian rantai besi kecil.
Anak
Dabus
Tarian
dabus tradisional yang mempunyai unsur-unsur ritual ini tidak dapat dipisahkan
dengan jampi serapah. Bagi memperkuatkan keberkesanan jampi serapah ini
beberapa peralatan dan bahan yang digunakan di dalam perubatan tradisional
adalah diperlukan.
Bahan-bahan yang
diperlukan adalah seperti berikut:-
1. Kemiyan
2. Bertih
3. Beras
Kunyit
4. Tepung
Tawar
5. Air
Penawar Bisa (Pemulih)
Kemiyan:
Kemiyan
amat penting di dalam segala upacara atau majlis yang berkaitan dengan
perubatan tradisional. Kemiyan ini dibakar di dalam sebuah bekas khas yang
disebut perasap. Sebelum permainan dabus dimulakan, kemiyan diasapkan di
sekeliling gelanggang. Kemiyan ini jaga digunakan bagi mengasap
peralatan-peralatan persembahan seperti anak dabus dan penari-penari sebelum
mereka masuk ke gelanggang.
Bertih
dan beras kunyit:
Bahan-bahan
ini digunakan untuk menabur dan menyiram seluruh gelanggang dan
kawasansekelilingnya bagi menjauhkan dari segala gangguan yang tidak diigini.
Air
panawar bias:
Air
penawar bisa penting bagi membasuh luka-luka dan menawarkan bisa-bisa besi pada
lengan peneri-penari akibat tikaman anak-anak dabus.Campuran bahan-bahan air
penawar bisa terdiri daripada hirisan umbut pisang, daun setawar yang diramas,
daun sireh serta hirisan batang serai. seperti bahan-bahan lain, air penawar
bisa ini juga dijampi.
Cara
persembahan:
Persembahan
tarian dabus yang asli mengandungi unsur-unsur kebatinan. Sebelum sesuatu
persembahan dimulakan upacara memulih gelanggang di lakukan. Seorang bomoh yang
digelar khalifah di dalam permainan dabus memulakan upacara dengan menjampi
sebutir kemiyan. Jampi serapahnya adalah seperti berikut:-
Bismillah-hirrahmanirrahim
Assalamualaikum ya kemiyan,
dijadikan Allah dari
getah kayu yang putih,
asal engkau he kemiyan,
.
aku tahu asal engkau,
mula menjadi tongkat
Rasulullah,
ku selang seraya...
Kemiyan
ini dibakar dan diperasapkan kepada semua peralatan yang digunakan. Kemudian
khalifah menyiram bertih, beras kunyit dan menepung tawar ke sekeliling gelanggang
permainan. Ini bertujuan bagi menjauhkan daripada segala gangguan-gangguan
makhluk halus serta perbuatan khianat kepada ahli-ahli yang menjayakan tarian
itu.
Setelah
itu persembahan dimulakan dengan seorang atau dua orang pemuzik melagukan
nasyid dabus diiringi dengan paluan rebana dabus. Nasyid dabus ini disambung
pula dengan lagu-lagu rentak tari dabus yang dilagukan olen semua Pemuzik
serentak dengan paluan rebana dabus dan gong. Serentak dengan itu juga seorang
penari masuk ke gelanggang untuk menari. Sebelum memulakan langkah, penari
duduk bertinggung dengan kedua belah tangannya memegang sepasang anak dabus,
satu di tangan kanan dan satu di tangan kiri dan bergerak ke hadapan tiga
langkah dan tiga langkah ke belakang kemudian tunduk memberi hormat.
Selepas
itu beliau berdiri dan memulakan tarian. Habis satu lagu penari ini akan
berundur dan digantikan dengan dua penari dan ini diikuti pula oleh 4 pasang
penari yang lain Penari-penari yang akan mencucuk lengannya, menghadap khalifah
untuk dibasuh lengan mereka denga air penawar dan dijampi serta diiktikad dalam
hati oleh khalifah, "tulang kamu besi, kulit kamu tembaga”.
Penari
meneruskan tarian sambil mencucuk lengan dengan pangkal anak dabus yang tajam.
Luka-luka akibat tikaman ini dibasuh denga air penawar dan dipicit keluar
bisanya serta dijampi oleh khalifah untuk menyembuhkan luka, Jampi ini dipetik
dari surah Al-'Lahab ayat satu yang berbunyi: "Tabbat ya da abi la ha
biung wattab".
Selain
dari mencucuk lengan dengan anak dabus, terdapat juga penari-penari yang
menghentakkan batu giling ke bahagian badan terutamanya bahagian paha. Satu
persembahan dabus yang lengkap, mengambil masa lebih kurang 30 minit.Setelah
selesai persembahan anak-anak dabus dibersihkan dan sekali lagi dijampi oleh
khalifah.
2.7 ASAL TARIAN RONGGENG
Kedekatan
petani dan ronggeng tidak bisa dilepaskan dari keyakinan bahawa tarian itu
awalnya adalah ritual pemujaan yang berkaitan dengan kesuburan tanah dan
keberhasilan panen. Beberapa legenda dan
mitos menceritakan bagaimana ritual tarian tayuban dilakukan oleh sekelompok
laki-laki untuk menghormati Dewi Sri (dan berbagai versi lokalnya, seperti Nyi
Pohaci dalam bahasa Sunda). Pada
relief-relief candi Jawa pun kita banyak melihat ukiran laki-laki menari dan
menembang mengelilingi perempuan. Mereka
menari mengelilingi seorang perempuan yang dianggap merepresentasikan Dewi
Sri. Pada perkembangannya, perempuan ini
pun kemudian ikut menari menjadi ronggeng, sementara gerakan tarian dan
aktivitas seksual ronggeng dipercaya sebagai merepresentasikan sekaligus
mempengaruhi kekuatan dan kesuburan alam (Spiller 2010: 84).
Pengaruh
Hindu juga terlihat dalam Tantu Panggelaran, yang ditulis sekitar abad 16-17,
yang menceritakan asal-usul penari wanita sehubungan dengan tiga dewa Hindu
(Brahma, Shiwa dan Wisnu). Mereka
menjelma menjadi seniman jalanan, menembang (mangidung) atau menari
(amen-amen). Versi yang lebih modern (dengan pengaruh Islam) dalam bentuk
cerita rakyat menceritakan bagaimana tiga seniman, yaitu seorang tukang kayu,
penjahit dan pengrajin emas terinspirasi Allah untuk membuat dan mendandani
satu patung kayu perempuan. Seorang wali
membuat patung tersebut menjadi hidup, dan atas perintah Allah mentitahkan tiga
seniman tersebut untuk menemani sang perempuan mengadakan pertunjukan keliling
menari dan menyanyi (Brakel-Papehuyzen 1995).
Tiap laki-laki memainkan alat musik yang sesuai dengan profesi mereka
sebelumnya: si tukang kayu memainkan rebab, penjahit memainkan kendang, dan
pengrajin emas memainkan ketuk (gong kecil).
Tradisi
menari, menembang, dan seksualitas ronggeng berurat akar dalam masyarakat
tradisional agraris, di mana simbol-simbol dan praktik seksualitas, dalam
kehidupan sehari-hari ataupun abstrak, dipandang sebagai jimat yang menjamin
kesuburan dan keberhasilan panen.
Memang, sebagai daerah yang memiliki kombinasi arus niaga dan tradisi
agraris kuno, Asia Tenggara telah lama dikenal memiliki, mengakui, dan
melegitimasi tradisi gender dan seksualitas yang jauh lebih beragam,
pluralistik dan kreatif daripada belahan dunia lainnya seperti Cina, India,
Eropah dan Timur Tengah (lihat Andaya 2006; Onghokham 1991; Peletz 2009; Reid
1992). Ini terlihat dari bagaimana nilai wanita tidak pernah dipertanyakan di
Asia Tenggara, sebagaimana halnya di Cina, India dan Timur Tengah. Perbedaan utama yang mencolok adalah
bagaimana dalam hubungan wanita dengan laki-laki, perempuan memiliki otonomi
dan kontrol sosial yang setara (bahkan terkadang lebih tinggi), dengan peran
aktif dalam berbagai bidang, termasuk ekonomi, agama dan ritual, diplomasi dan
pemerintahan. Selain itu otonomi relatif ini juga berlaku dalam masalah
seksual: perempuan Asia Tenggara memainkan peran aktif dan memiliki kedudukan
yang kuat dalam bercumbu dan bermain cinta. Peran reproduktif mereka (yang
sulit ditandingi pria) tampaknya memberi mereka kekuatan magis dan ritus
sebagai lambang kesuburan masyarakat dan tanah Asia Tenggara yang agraris.
Namun,
sekitar abad ke-17 dan ke-18, timbul beberapa perubahan besar dalam struktur
sosial budaya Asia Tenggara, yang terutama disebabkan oleh: (1) proses
peningkatan arus perniagaan, pembentukan negara, dan konsolidasi daerah untuk
membangun sistem politik yang lebih tersentralisasi dan birokratis, dan (2)
masuknya agama-agama seperti Islam, Kristen, dan Konfusianisme yang lebih
berorientasi pada laki-laki, dan tidak memberi ruang pada sentralitas peran
ritual perempuan (dan transgender).
Perubahan
struktur sosial, politik dan ekonomi ini memberi dampak timbulnya perubahan dan
kontrol terhadap norma-norma tradisional—otonomi dan kekuasaan perempuan, serta
nilai-nilai hakiki seksualitas sebelumnya kemudian mengalami erosi prestise dan
legitimasi (lihat Peletz 2010; Andaya 2006).
Terutama sehubungan dengan kolonialisme, bangsa-bangsa Eropa menempatkan
dan mengkonstruksi berbagai praktik dan simbol seksualitas sebagai bukti
“keprimitifan” dan “ketidakberadaban” penduduk lokal.
Sebagai
contoh, dalam catatan Raffles yang disebutkan sebelumnya, penari ronggeng
digambarkan memiliki “easy virtue” (tidak mempedulikan moral), nyanyiannya
“kasar dan aneh”, dan karena itu “menjijikkan untuk orang-orang Eropah”, tapi
selalu disukai dan disambut riuh tepukan dan tawa penonton pribumi lokal
(Raffles 1817: 342-344). Meskipun pada
praktiknya, sudah menjadi rahasia umum bahwa mayoritas penguasa kolonial
sendiri menyambut baik kesempatan menikmati keleluasaan pengalaman seksual yang
lebih “eksotis”, jauh dari pengawasan tanah air mereka (Said 1978: 190).
2.8 PERANAN FIZIKAL DALAM
TARIAN
Olah
tubuh bagi seorang penari adalah suatu bentuk aktivitas yang dilakukan dengan
jalan melakukan susunan latihan yang teratur meliputi otot-otot, persendian,
dan seluruh organ tubuh agar selalu siap berfungsi bergerak dengan baik dan
optimal serta diharapkan mampu menambah kualitas gerak.
Di
dalam menari, gerak-gerak yang dilakukan oleh penari tentunya memiliki tuntutan
tertentu walaupun pada prinsipnya adalah menggerakkan sekmen-sekmen tubuh.
Melihat kontek gerak dalam tari dengan tuntutan nilai estetik, maka tidaklah
sekedar menggerakkan tubuh seperti dalam aktivitas sehari-hari. Tidaklah mudah
memunculkan nilai estetik (yang abstrak) tanpa didahului dengan proses gerak
tubuh (materi) yang dapat ditangkap oleh indera penglihatan. Untuk itu bermula
dari kemampuan melakukan gerakan-gerakan tubuh, seorang penari
mengkomunikasikan perasaannya dengan bahasa gerak. Maka yang terpenting dalam
hal ini berpangkal dari tubuh manusia yang menjadi titik tolak sebagai bahasa
dalam seni tari.
3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya
terdapat banyak lagi jenis-jenis tarian masyarakat di Malaysia. Semua jenis
tarian mempunyai sejarah dan tujuan yang tersendiri. Sebagai rakyat Malaysia
kita hendaklah mengenali budaya setiap masyarakat yang ada di negara kita.
Sebagai contoh mengetahui serba sedikit mengenai budaya tarian dan juga
budaya-budaya lain masyarakat di Malaysia. Oleh itu, secara tidak langsung kita
dapat menyokong saranan Perdana Menteri tentang Satu Malaysia.
Dasar Kebudayaan
Kebangsaan bermatlamat untuk mewujudkan satu masyarakat berbilang kaum yang
bersatu-padu. Objektif Dasar KebudayaanKebangsaan ialah Mengukuhkan perpaduan
bangsa dan negara melalui kebudayaan,Memupuk dan memelihara keperibadian
kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan, dan Memperkayakan dan
mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang
dengan pembangunan sosioekonomi. Usaha ini harus dipuji memandangkan semangat
gigih pasukan dalam mengangkat tarian warisan ini merupakan salah satu daripada
tarian yang telah diiktiraf sebagai warisan kebangsaan.
4.0 RUJUKAN
AHMAD, N. A. (2009, 3 22). WARISAN TARIAN MELAYU.
Diambil 4 24, 2014, daripada TARIAN ASLI:
http://warisantarianmelayu.blogspot.com/2009/03/tarian-asli.html
ANUAR, K. (2009, 11 5). DARI MATA KASAR AKU. Diambil
4 23, 2014, daripadaTARIAN KREATIF:
http://arnuarsiarkitek2b.blogspot.com/2009/11/festival-tari-makum-2009.html
AZALI, K. (2012, 2 15). AZALI KATHLEEN. Diambil
4 20, 2014, daripada RONGGENG:
http://kathleenazali.c2o-library.net/2012/02/ronggeng-dukuh-paruk-seksualitas-penghayatan-sang-penari/
MUI, N. S. (2012, APRIL 22). SCRIBD. Diambil APRIL
19, 2014, daripada TUGASAN 1 : TARIAN:
http://www.scribd.com/doc/90603802/Tugasan-1-tarian
NOR, N. M. (2009, 3 27). WARISAN TARIAN MELAYU.
Diambil 4 2014, 24, daripada TARIAN DABUS: http://warisantarianmelayu.blogspot.com/2009_03_01_archive.html
SABIHAH, M. (2013, 5 30). BERBAGAI ILMU. Diambil
4 22, 2014, daripada SENI TARI DEFINISI TARI:
http://sabihahmutia.blogspot.com/2013/05/seni-tari-definisi-tari.html
SIVIK, C. (2013, 11 20). CIKGU SIVIK. diambil
4 3, 2014, daripada TEMA 4 : KENALI BUDAYA MALAYSIA:
http://cikgusivik9192.wordpress.com/nota/tema-4-kenali-budaya-malaysia/
STUDIO, S. D. (2013, 4 10). SPECTRA DANCE STUDIO.
Diambil 4 2014, 2014, daripada PENTINGNYA OLAH TUBUH BAGI PENARI: http://spectradancestudio.wordpress.com/2013/10/04/pentingnya-olah-tubuh-bagi-penari/
TULISAN, I. D. (n.d.). INDONESIA DALAM TULISAN.
Diambil APRIL 20, 2014, daripada PENGERTIAN TARI:
http://www.indonesiadalamtulisan.com/2012/08/pengertian-tari.html
WENITASYA. (2012, 9 5). NO CULTURE, NO UNIQUE.
Diambil 4 23, 2014, daripada PAKAIAN ADAT KOREA:
http://wenitasya.wordpress.com/article-and-picture/
ZAZALI, N. I. (2010, 8 10). TARIAN DULU, KINI DAN
SELAMANYA. Diambil 4 2014, 24, daripada TARIAN ASLI: http://tariandulukinidanselamanya.blogspot.com/2010_08_01_archive.html
No comments:
Post a Comment