Monday, May 18, 2015

TARIAN MELAYU 1

1.0  PENDAHULUAN

 Tarian adalah adalah suatu persembahan dengan gaya ekspresi diri dan komunikasi yang universal. Ia ditakrifkan sebagai seni gerak. Seni gerak mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan . Seni ini dapat dilihat pada gerakan tangan, kaki, badan, mata dan anggota badan yang lain.
Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan definisi seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Dalam kebudayaan melayu terdapat berbagai-bagai jenis tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Menurut Jaafar Mampak, tarian melayu asliterbahagi kepada dua jenis. Pertama, tarian yang bercorak lemah lembut seperti tarianMak Inang dan Siti Payung. Kedua, tarian rancak yang merupakan hasil daripadapengaruh tarian Portugis seperti tarian Ronggeng, Serampang Laut dan Singapura Dua.
Seni tari boleh dikategorikan dalam berbagai-bagai jenis. Antara pembahagian yang boleh dibuat terhadap seni tari melayu adalah tarian-tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan, pertabalan, istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian-tarian ini termasuklah tarian Siti Payung, Mak Inang, Asyik, Gamelan dan sebagainya. Jenis kedua ialah tarian-tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti tarianRodat, Hadrah dan sebagainya. Ketiga ialah Tarian rakyat seperti Dondang Sayang, Ronggeng, Joget dan sebagainya. Keempat ialah tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian Kuda Kepang ,tarian Labi-labi, tarian Berdayung dan sebagainya.
2.0  ISI
2.1  PERBEZAAN ANTARA TARIAN KREATIF DAN KREASI BARU
Tarian kreatif
      (ANUAR, 2009) Tarian kreatif merupakan sebuah medium menyampaikan satu jalan cerita atau idea berdasarkan gerakan kreatif dengan diiringi muzik tersendiri berdasarkan pola lantai yang di susun berkonsepkan jalan cerita yang tersendiri. Gerakan tarian ini mempunyai ciri-ciri kreatif yang di cipta oleh seorang penari. Tarian ini juga mempunyai kreografi yg tersendiri.

Tarian kreasi baru
Tari kreasi baru adalah salah satu rumpun tari yang mengalami pembaharuan, dapat pula dikatakan bahwa tari kreasi baru adalah inovasi dari seorang koreografer atau pencipta tari untuk menciptakan suatu tarian baru. Endang Caturwati mengatakan, kreasi baru merupakan karya yang dihasilkan atas kreativitas indvidual atau kelompok, sebagai karya yang ditata dengan sentuhan atau cita rasa baru.
Selain itu, pengertian tentang tari kreasi baru juga dipaparkan oleh Arthur S Nalan sebagai hasil ciptaan iaitu ciptaan tari yang muncul sekitar tahun 1950-an kerap kali disebut dengan tari kreasi baru. Untuk lebih jelasnya tari kreasi baru merupakan wujud garapan tari yang hidup relatif masih muda, lahir setelah tari tradisi berkembang cukup lama, serta tampak dalam garapan tariannya itu telah ditandai adanya pembaharuan-pembaharuan.

Tari kreasi baru merupakan jenis tarian yang memiliki kebebasan dalam penciptaannya. Dalam penciptaan tersebut para koreografer tari mengacu pada tari tradisi di daerah setempatnya, bahkan ada juga para koreografer tari yang mengambil inspirasinya dari daerah-daerah lain dan mencampurkan gerak tari yang lepas dari ikatan-ikatan tradisi yang biasa disebut dengan gerakan moden.

2.2 PERBEZAAN TARIAN ASLI DAN MODEN
Tarian asli
      (AHMAD, 2009) Tarian Asli merupakan kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu. Wujud daripada rentak dan irama lagu Dondang Sayang tetapi Tarian Asli tidak diiringi dengan adegan berbalas pantun seperti dalam Dondang Sayang. Perkembangan seterusnya ialah kemunculan tarian-tarian asli yang dicipta daripada lagu-lagu seperti lagu Makan Sireh, Gunung Banang, Asli Sapu Tangan, Asli Selendang, Bentan Telani, Asli Abadi dan lain-lain lagi. Tarian Asli boleh didapati di seluruh Malaysia terutama Semenanjung Malaysia.
      (ZAZALI, 2010) Tarian tradisional merangkumi beberapa tarian yang mengikut etnik dan ada juga yang mewakili kenegerian.  Tarian tradisional pula walaupun di telan zaman, ia masih ditarikan di dalam acara-acara kesenian mahupun majlis-majlis kenamaan.
      Mahupun begitu, tarian tradisional sering dihubungkaitkan dengan semanngat ritual dan mistik.  Sejajar dengan proses globalisasi, kemasukan tarian kontemporari dari negara barat semakin menular dikalangan masyarakat Malaysia dan amat digemari oleh anak-anak muda masa kini.  Kebiasaannya, tarian seringkali dikaitkan dengan iringan muzik.  Tarian dan muzik bagaikan ritma yang tidak dapat dipisahkan.  Selain itu, tarian juga dapat dijadikan sebagai suatu alat yang dapat mengeratkan perhubungan sesama manusia disamping memuliharanya agar  tidak ditelan zaman.

Tarian moden
      Tarian Moden membawa maksud tarian yang diringi dengan alunan muzik yang rancak serta ditarikan oleh penari perempuan dan lelaki muda. Kebiasaanya, tarian moden ini diminati oleh anak-anak muda kerana ia berunsurkan gerak tarian yang bertenaga dan mengikut peredaran masa. Dalam tarian moden, terdapat beberapa unsur negatif dalam diri remaja seperti ponteng kelas dan kekurangan disiplin diri kerana mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan sesuatu yang baru.

2.3  PERBEZAAN BUSANA MALAYSIA DAN ANTARABANGSA
Busana Malaysia
(SIVIK,2013) Malaysia mempunyai pelbagai jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna. Dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu hinggalah kain songket di  Raja yang antik.Pada zaman dahulu penduduk pribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik. Dengan ketibaan tamadun lama kain tenunan dan batik  melayu oleh orang kenamaan dan kerabat DiRaja.
Dengan ketibaan pedagang asing pakaian serta kain seperti sutera cina, pelekat dan jubah arab diperkenalkan di negara ini. Kini pakaian tradisional seperti kebaya Melayu, sari India dan cheongsam Cina masih digunakan dengan meluas di Malaysia. Budaya pemakaian tradisional semakin dilupakan. Oleh itu,budaya memakai pakaian tradisional seharusnya dikekalkan supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Jika dilihat, kebanyakkan remaja Melayu di zaman era globalisasi ini lebih menyukai pakaian ala-ala barat.Mereka tidak sedar dengan perbuatan yang sebegitu sebenarnya sedikit sebanyak menghakis budaya pemakaian pakaian tradisional sesebuah kaum itu sendiri. Dalam erti kata lain,berbanggalah dengan pakaian tradisional kita sendiri kerana itu dapat melambangkan identiti sesebuah masyarakat itu sendiri.

Pakaian Masyarakat Melayu
Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu Baju Kurung Teluk Belanga ataupun Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat.
Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang.

Pakaian Masyarakat Cina
Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.
Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa dan menikmati kesuksesan dalam dunia busana internasional. Nama “Cheongsam” bererti “pakaian panjang”, diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dari dialek Propinsi Guangdong (Canton) di Tiongkok.Cheongsam merupakan gaun khas masyarakat Cina yang melekat di tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh si pemakainya. Cheongsam tradisional banyak menggunakan bahan satin atau sutera yang bermotif khas seperti bunga, burung, naga, dan sebagainya

Pakaian Masyarakat India
Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut. Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.
Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.

Pakaian Masyarakat Sabah
Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang .
Pakaian istiadat suku Kaum Rungus. Pakaian lelaki terdiri dari baju badu, seluar soval, bengkung hokos dan pakaian kepala sigal dari kain pis. Wanita memakai baju sempit banat dan kain paras lulut tapi serta hiasan kepala disebut sisingal dan rampai. Perhiasan diri dari jalinan manik-manik berwarna-warni disebut pinakol dan togkol.
Pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.

Pakaian Masyarakat Sarawak
Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas Kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kangkang.
Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu.

Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni.

Busana antarabanga (korea)
(WENITASYA, 2012) Hanbok (Korea Selatan) atau Chosŏn-ot (Korea Utara) adalah pakaian tradisional masyarakat Korea. “Han” adalah sebutan bagi Korea, dan “bok” berarti pakaian. Jadi, secara harfiah orang Korea pun sebenarnya hanya menyebut pakaian mereka sebagai “pakaian korea”. Orang Korea sangat bangga memakai Hanbok, karena Hanbok merupakan identitas pakaian tradisional mereka. Hanbok pada umumnya memiliki warna yang cerah, dengan garis yang sederhana serta tidak memiliki saku. Walaupun secara harfiah berarti “pakaian orang Korea”, hanbok pada saat ini mengacu pada “pakaian gaya Dinasti Joseon” yang biasa dipakai secara formal atau semi-formal dalam perayaan atau festival tradisional, seperti Chuseok atau Seol-nal (hari Imlek).

 1. Jeogori atau atasan
Hanbok wanita, dibandingkan dengan hanbok Pria, lebih sering mengalami perubahan. Sebelum dinasti jeoseon, panjangnya sepinggang dan terikat menghubungkan bagian depan dengan bagian belakang. Di Masa Jeoseon Akhir, bentuk jeogori hanya sepanjang batas bawah ketiak. Namun bagian depannya lebih panjang hingga menutupi kawasan dada.

2. Chima atau rok
Chima adalah semacam rok yang bulat mengembang dan panjangnya mulai dada hingga menutupi kaki. Saat ini, dibuat seperti sejenis dengan baju u-can see untuk mempermudah pemakaian. Dengan bentuknya yang longgar dan mengembang, tentu saja menyembunyikan bentuk lekuk tubuh wanita pemakainya. Hal ini sesuai dengan ajaran konfusianisme yang banyak dianut orang Korea zman dulu. Namun, bentuknya yang longgar membuat pemakainya leluasa untuk melakukan pekerjaan rumah dengan bersila dan berjongkok -posisi yang nyaman untuk bekerja pada saat itu- juga untuk berhormat kepada orang.

4. Otgoreum (Cloth Strings)
Otgoreum adalah pita yang dipakai pada baju hanbok untuk wanita, yang melintang ke rok atau chima.

5. Durumagi
Awalnya durumagi dipakai oleh pegawai Kerajaan sebagai pakaian dinas sehari-hari mereka. Durumagi adalah sejenis coat panjang yang dipakai sebagai luaran dikala angin sedang berhembus dingin-dinginnya.

6. Gat-Jeogori
Bentuknya sedikit lebih besar dibandingan dengan Jeogori. Bedanya hanya dibagian dalam pakaian jenis ini terbuat dari bulu kelinci, sehingga tetap membuat pemakainya tetap hangat. Bahan yang di luar biasanya terbuat dari sutra.

7. Changot
Di zaman Jeoseon dipakai oleh orang-orang kelas bangsawan atau prang terpandang. Merupakan varian lain hanbok selain hanbok yang biasa kita lihat.

8. Hanbok Pria
Jeogori bagi Pria, pada umumnya sedikit berbeda dibandingkan dengan milik wanita. Bagi pria, ukurannya sepanjang pinggang bahkan lebih panjang. Namun, seperti halnya Jeogori untuk wanita, untuk mengaitkan pakaian antara kanan dengan kiri, diikatkan dengan pita di depan dada. Hal yang paling penting dalam pembedaan hanbok pria dan wanita adalah cara penyimpulan pita. Coba anda perhatikan, penyimpulan pita di hanbok wanita menyisakan bagian sisa yang lebih panjang hingga menjuntai, dan simpul berada di sebelah kiri. Sedangkan untuk pria, tak ada bagian sisa yang menjuntai.

Baji atau celana, sebelum zaman Jeoseon,bentuknya menyempit dan mengikuti lekuk tubuh untuk memudahkan aktifitas berburu dan berkuda. Namun, di masa Jeoseon yang bidang agrarisnya lebih ditekankan, celana longgar semacam model baggy lebih nyaman digunakan. Baji pun lebih nyaman didunakan untuk berjongkok dan bersila di atas lantai, daripada celana yang ketat.

9. Hakjangui
Ha- berarti belajar atau ilmu. hakja berarti ilmuwan atau cendekia. hanbok jenis ini dipakai oleh kalangan cendekia pada masa Koryo hingga masa Jeoseon. Dilihat dari garis potongan bajunya, memiliki makna rendah hari dan juga berbudi pekerti yang luhur.

10. Shimui
Hanbok ini dikenakan para cendekia/ilmuwan ketika di wajtu senggang atau pada saat beristirahat. Shim () berarti merenung. Oleh karena para ilmuwan biasanya di waktu senggang masih suka merenungkan sesuatu, pakain ini kemudia dinamakan sedemikian hingga. Pakaian-pakaian ilmuwan ini, dilihat dari bentuknya, lebih cocok dikenakan untuk belajar pasif daripada aktif. Seperti melukis atau ilmu filsafat.

11. T’eol Magoja
Pakaian ini sebenarnya lebih ke arah pakaian orang Manchuria. Pertama kali diperkenalkan oleh seorang politikus Korea di zaman Jeoseon yang ditugaskan di daerah Manchuria, dan kembali lagi ke Korea dengan menggunakan pakaian jenis ini. Pakaian ini di dalamnya dilapisi bulu. Juga sebagai simbol kemewahan.

12. Gat
Gat adalah jenis topi tradisional Korea yang dikenakan oleh pria pada saat pergi keluar rumah atau menghadiri acara-acara penting. Gat memiliki pinggiran yang luas dan lebar yang dinamakan yangtae, dan bagian tengahnya berbentuk tabung tinggi. Pengencang gat adalah tali yang diikatkan di bagian bawah dagu. Orang Korea telah mengenakan gat semenjak Zaman Tiga Kerajaan (37 SM-668 M) untuk melindungi kepala dari sinar matahari dan hujan. Pada pertengahan zaman Dinasti Jeoseon (abad 16-17), gat dikenakan sebagai lambang status sosial oleh kaum bangsawan dan ilmuwan dan bagian penting dari pakaian sehari-hari. Gat dipandang sebagai alat yang membedakan bangsawan dengan mereka yang tak berbudaya.

13. Jipsin
Jipsin (짚신) adalah jenis sepatu tradisional khas Korea yang terbuat dari bahan jerami. Istilah jipsin juga diberikan untuk sepatu tradisional yang terbuat dari bahan kain dan rami. Sepatu jipsin diperkirakan telah dikenakan oleh orang Korea sejak zaman Tiga Kerajaan (37 SM-668- M). Dalam beberapa lukisan kuno, sering digambarkan seorang pengelana yang bepergian menggantungkan sepatu jeraminya di punggung. Di masa Dinasti Jeoseon (1397-1910) sebagian besar rakyat menjadikan jipsin sebagai alas kaki mereka sehari-hari. Karena pada masa itu, rakyat Korea sebagian besar bekerja di bidang pertanian, bahan jerami untuk membuat jipsin dapat dengan mudah ditemukan. Biasanya mereka membuat jipsin pada musim dingin, saat tidak turun ke ladang untuk bercucuk tanam.

2.4  PERANAN SEORANG PENARI
Peranan seorang penari adalah menghiburkan orang dengan gerak tari yang dilakukan dengan alunan muzik . selain itu, penari juga membawa symbol budaya sesebuah negara iaitu dengan menari mengikut budaya di sesebuah tempat. Bagi yang perempuan, mereka dihias secantik mungkin. Manakala si lelaki dikemaskan rambut dan pakaian supaya nampak gagah serta perkasa.
Apabila sedia semuanya, masing-masing mula mengambil tempat. Muzik dipasang dan berkumandang di setiap penjuru dewan, pentas dan padang. Bagaikan sudah sebati dengan alunan irama muzik itu, baik si perempuan mahupun lelaki mula melenturkan tangan dan menggerakkan badan mengikut rentak muzik dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir, mereka mewarnai pesta-pesta seperti Citrawarna, majlis keramaian, program berbentuk tradisional ataupun mengiringi persembahan seseorang artis. 

2.5  SALAHKAH SEORANG PENARI MENJADI PENARI

Menjadi seorang penari adalah salah sekiranya seorang penari itu tidak menutup aurat ketika menari. Selain itu, seorang penari itu mempunyai niat untuk menarik perhatian seorang lelaki. Seseoramg penari itu tidak salah menjadi penari sekiranya niat untuk menari adalah betul. Contohnya niat seorang penari itu adalah mempersembahkan budaya negaranya kepada negara lain.
Salah seorang penari itu menjadi penari sekiranya dalam tariannya mempunyai pargabungan antara lelaki dan perempuan. Hal ini kerana lelaki dan perempuan adalah haram untuk bersentuhan. Di samping itu, menjadi seorang penari adalah salah sekiranya penari itu menari untuk memuaskan nafsu atau menghilangkan tekanan dalam diri.
Tambahan lagi sekiranya seorang penari itu menghabiskan masanya dengan menari tanpa menjalankan kewajipannya sebagai seorang umat Islam. Seterusnya salah seorang penari iyu menjadoi penari sekiranya menari itu melalaikannya.

2.6  ASAL TARIAN DABUS
(NOR, 2009) Dabus adalah kesenian yang mempertunjukkan kemampuan manusia luar biasa, seperti kebal terhadap senjata tajam, api, atau minum air keras dan lain-lain. Menurut catatan sejarah, dabus ini sebenarnya ada hubungan dengan tarikat Rifaiah yang dibawa oleh Nurrudin ar-Raniry ke Aceh pada tahun 1637 M. Dabus ini pada awalnya bukanlah sebuah tarian, melainkan salah satu jenis seni bela diri. Oleh kerana itu, tarian ini dikenal juga dengan tarian kepahlawanan, kerana memperlihatkan “keluarbiasaan” dalam pertunjukannya. Tarian ini hingga sekarang masih berkembang di daerah yang berkebudayaan Melayu.

Sejarah Tarian Dabus
Tarian dabus berasal dari Nusantara iaitu Aceh dan Banten, Ternate dan sekitarnya juga adalah tempat tumbuh dan berkembangnya seni Debus di wilayah timur Nusantara yang ada sejak ratusan tahun lalu. Debus di diubah dan disebut Dabus atau Badabus. Ritual ini biasanya dipertunjukkan atau dilakukan dalam suatu hajatan yang berupa upacara ritual untuk menebus kaul seseorang yang pernah mengucapkan hajat akan mempertunjukkan Dabus, apabila ia selamat dari sesuatu musibah atau penyakit berat yang dideritanya.
Pertunjukan Dabus ini terdapat hampir di seluruh jazirah Maluku Utara, termasuk Ternate dan Tidore. Pelaksanaan ritual Dabus biasanya dipimpin oleh seorang guru agama ahli kebatinan, yang biasanya disebut “Joguru” yang dalam pelaksanaannya Dabus ia harus disapa; “Syekh”. Ia dibantu oleh para muridnya/santri yang berjumlah sekitar lima hingga sepuluh orang.
Alat khusus untuk pertunjukan Dabus
Terdiri dari dua buah batang besi bulat sebesar ibu jari yang hujungnya diasah runcing dan tajam dan di bagian ujung lainnya dibentuk dengan kayu bulat sebesar kepalan tangan dan dihiasi dengan untaian rantai besi kecil.

Anak Dabus
Tarian dabus tradisional yang mempunyai unsur-unsur ritual ini tidak dapat dipisahkan dengan jampi serapah. Bagi memperkuatkan keberkesanan jampi serapah ini beberapa peralatan dan bahan yang digunakan di dalam perubatan tradisional adalah diperlukan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:-
1.      Kemiyan
2.      Bertih
3.      Beras Kunyit
4.      Tepung Tawar
5.      Air Penawar Bisa (Pemulih)

Kemiyan:
Kemiyan amat penting di dalam segala upacara atau majlis yang berkaitan dengan perubatan tradisional. Kemiyan ini dibakar di dalam sebuah bekas khas yang disebut perasap. Sebelum permainan dabus dimulakan, kemiyan diasapkan di sekeliling gelanggang. Kemiyan ini jaga digunakan bagi mengasap peralatan-peralatan persembahan seperti anak dabus dan penari-penari sebelum mereka masuk ke gelanggang.

Bertih dan beras kunyit:
Bahan-bahan ini digunakan untuk menabur dan menyiram seluruh gelanggang dan kawasansekelilingnya bagi menjauhkan dari segala gangguan yang tidak diigini.

Air panawar bias:
Air penawar bisa penting bagi membasuh luka-luka dan menawarkan bisa-bisa besi pada lengan peneri-penari akibat tikaman anak-anak dabus.Campuran bahan-bahan air penawar bisa terdiri daripada hirisan umbut pisang, daun setawar yang diramas, daun sireh serta hirisan batang serai. seperti bahan-bahan lain, air penawar
bisa ini juga dijampi.

Cara persembahan:
Persembahan tarian dabus yang asli mengandungi unsur-unsur kebatinan. Sebelum sesuatu persembahan dimulakan upacara memulih gelanggang di lakukan. Seorang bomoh yang digelar khalifah di dalam permainan dabus memulakan upacara dengan menjampi sebutir kemiyan. Jampi serapahnya adalah seperti berikut:-

Bismillah-hirrahmanirrahim Assalamualaikum ya kemiyan,
dijadikan Allah dari getah kayu yang putih,
asal engkau he kemiyan, .
aku tahu asal engkau,
mula menjadi tongkat Rasulullah,
ku selang seraya...

Kemiyan ini dibakar dan diperasapkan kepada semua peralatan yang digunakan. Kemudian khalifah menyiram bertih, beras kunyit dan menepung tawar ke sekeliling gelanggang permainan. Ini bertujuan bagi menjauhkan daripada segala gangguan-gangguan makhluk halus serta perbuatan khianat kepada ahli-ahli yang menjayakan tarian itu.

Setelah itu persembahan dimulakan dengan seorang atau dua orang pemuzik melagukan nasyid dabus diiringi dengan paluan rebana dabus. Nasyid dabus ini disambung pula dengan lagu-lagu rentak tari dabus yang dilagukan olen semua Pemuzik serentak dengan paluan rebana dabus dan gong. Serentak dengan itu juga seorang penari masuk ke gelanggang untuk menari. Sebelum memulakan langkah, penari duduk bertinggung dengan kedua belah tangannya memegang sepasang anak dabus, satu di tangan kanan dan satu di tangan kiri dan bergerak ke hadapan tiga langkah dan tiga langkah ke belakang kemudian tunduk memberi hormat.

Selepas itu beliau berdiri dan memulakan tarian. Habis satu lagu penari ini akan berundur dan digantikan dengan dua penari dan ini diikuti pula oleh 4 pasang penari yang lain Penari-penari yang akan mencucuk lengannya, menghadap khalifah untuk dibasuh lengan mereka denga air penawar dan dijampi serta diiktikad dalam hati oleh khalifah, "tulang kamu besi, kulit kamu tembaga”.

Penari meneruskan tarian sambil mencucuk lengan dengan pangkal anak dabus yang tajam. Luka-luka akibat tikaman ini dibasuh denga air penawar dan dipicit keluar bisanya serta dijampi oleh khalifah untuk menyembuhkan luka, Jampi ini dipetik dari surah Al-'Lahab ayat satu yang berbunyi: "Tabbat ya da abi la ha biung wattab".

Selain dari mencucuk lengan dengan anak dabus, terdapat juga penari-penari yang menghentakkan batu giling ke bahagian badan terutamanya bahagian paha. Satu persembahan dabus yang lengkap, mengambil masa lebih kurang 30 minit.Setelah selesai persembahan anak-anak dabus dibersihkan dan sekali lagi dijampi oleh khalifah.

2.7  ASAL TARIAN RONGGENG
(AZALI, 2012) Kata ronggeng dipercaya berasal dari kata Sanskrit, renggana, yang berarti dewi perempuan, meskipun ada juga yang mengatakan berasal dari bahasa Kawi Wara Anggana, yang berarti “perempuan sendiri”.  Thomas Stamford Raffles menulis dalam mahakaryanya, The History of Java (1817: 342-344), bahwa ronggeng adalah “gadis-gadis penari yang paling umum di negeri ini” yang tidak jarang juga menjual jasa seksual dalam layanan mereka.

Kedekatan petani dan ronggeng tidak bisa dilepaskan dari keyakinan bahawa tarian itu awalnya adalah ritual pemujaan yang berkaitan dengan kesuburan tanah dan keberhasilan panen.  Beberapa legenda dan mitos menceritakan bagaimana ritual tarian tayuban dilakukan oleh sekelompok laki-laki untuk menghormati Dewi Sri (dan berbagai versi lokalnya, seperti Nyi Pohaci dalam bahasa Sunda).  Pada relief-relief candi Jawa pun kita banyak melihat ukiran laki-laki menari dan menembang mengelilingi perempuan.  Mereka menari mengelilingi seorang perempuan yang dianggap merepresentasikan Dewi Sri.  Pada perkembangannya, perempuan ini pun kemudian ikut menari menjadi ronggeng, sementara gerakan tarian dan aktivitas seksual ronggeng dipercaya sebagai merepresentasikan sekaligus mempengaruhi kekuatan dan kesuburan alam (Spiller 2010: 84).

Pengaruh Hindu juga terlihat dalam Tantu Panggelaran, yang ditulis sekitar abad 16-17, yang menceritakan asal-usul penari wanita sehubungan dengan tiga dewa Hindu (Brahma, Shiwa dan Wisnu).  Mereka menjelma menjadi seniman jalanan, menembang (mangidung) atau menari (amen-amen). Versi yang lebih modern (dengan pengaruh Islam) dalam bentuk cerita rakyat menceritakan bagaimana tiga seniman, yaitu seorang tukang kayu, penjahit dan pengrajin emas terinspirasi Allah untuk membuat dan mendandani satu patung kayu perempuan.  Seorang wali membuat patung tersebut menjadi hidup, dan atas perintah Allah mentitahkan tiga seniman tersebut untuk menemani sang perempuan mengadakan pertunjukan keliling menari dan menyanyi (Brakel-Papehuyzen 1995).  Tiap laki-laki memainkan alat musik yang sesuai dengan profesi mereka sebelumnya: si tukang kayu memainkan rebab, penjahit memainkan kendang, dan pengrajin emas memainkan ketuk (gong kecil).

Tradisi menari, menembang, dan seksualitas ronggeng berurat akar dalam masyarakat tradisional agraris, di mana simbol-simbol dan praktik seksualitas, dalam kehidupan sehari-hari ataupun abstrak, dipandang sebagai jimat yang menjamin kesuburan dan keberhasilan panen.  Memang, sebagai daerah yang memiliki kombinasi arus niaga dan tradisi agraris kuno, Asia Tenggara telah lama dikenal memiliki, mengakui, dan melegitimasi tradisi gender dan seksualitas yang jauh lebih beragam, pluralistik dan kreatif daripada belahan dunia lainnya seperti Cina, India, Eropah dan Timur Tengah (lihat Andaya 2006; Onghokham 1991; Peletz 2009; Reid 1992). Ini terlihat dari bagaimana nilai wanita tidak pernah dipertanyakan di Asia Tenggara, sebagaimana halnya di Cina, India dan Timur Tengah.  Perbedaan utama yang mencolok adalah bagaimana dalam hubungan wanita dengan laki-laki, perempuan memiliki otonomi dan kontrol sosial yang setara (bahkan terkadang lebih tinggi), dengan peran aktif dalam berbagai bidang, termasuk ekonomi, agama dan ritual, diplomasi dan pemerintahan. Selain itu otonomi relatif ini juga berlaku dalam masalah seksual: perempuan Asia Tenggara memainkan peran aktif dan memiliki kedudukan yang kuat dalam bercumbu dan bermain cinta. Peran reproduktif mereka (yang sulit ditandingi pria) tampaknya memberi mereka kekuatan magis dan ritus sebagai lambang kesuburan masyarakat dan tanah Asia Tenggara yang agraris.

Namun, sekitar abad ke-17 dan ke-18, timbul beberapa perubahan besar dalam struktur sosial budaya Asia Tenggara, yang terutama disebabkan oleh: (1) proses peningkatan arus perniagaan, pembentukan negara, dan konsolidasi daerah untuk membangun sistem politik yang lebih tersentralisasi dan birokratis, dan (2) masuknya agama-agama seperti Islam, Kristen, dan Konfusianisme yang lebih berorientasi pada laki-laki, dan tidak memberi ruang pada sentralitas peran ritual perempuan (dan transgender).
Perubahan struktur sosial, politik dan ekonomi ini memberi dampak timbulnya perubahan dan kontrol terhadap norma-norma tradisional—otonomi dan kekuasaan perempuan, serta nilai-nilai hakiki seksualitas sebelumnya kemudian mengalami erosi prestise dan legitimasi (lihat Peletz 2010; Andaya 2006).  Terutama sehubungan dengan kolonialisme, bangsa-bangsa Eropa menempatkan dan mengkonstruksi berbagai praktik dan simbol seksualitas sebagai bukti “keprimitifan” dan “ketidakberadaban” penduduk lokal.

Sebagai contoh, dalam catatan Raffles yang disebutkan sebelumnya, penari ronggeng digambarkan memiliki “easy virtue” (tidak mempedulikan moral), nyanyiannya “kasar dan aneh”, dan karena itu “menjijikkan untuk orang-orang Eropah”, tapi selalu disukai dan disambut riuh tepukan dan tawa penonton pribumi lokal (Raffles 1817: 342-344).  Meskipun pada praktiknya, sudah menjadi rahasia umum bahwa mayoritas penguasa kolonial sendiri menyambut baik kesempatan menikmati keleluasaan pengalaman seksual yang lebih “eksotis”, jauh dari pengawasan tanah air mereka (Said 1978: 190).

2.8  PERANAN FIZIKAL DALAM TARIAN
(SABIHAH, 2013) Bagi seorang penari, tubuh merupakan medium komunikasi kepada para penontonnya ketika sedang membawakan peranannya. Oleh sebab itu, bagi deorang penari bentuk tubuh yang khas sering menghadirkan teknik-teknik gerak yng khas. Postur tubuh yang tinggi besar akan mempunyai teknik gerak yang berbeza berbanding postur tubuh yang kecil ketika melakukan tarian yang sama.

(STUDIO, 2013) Pengertian pengolahan tubuh bagi seorang penari atau sering disebut dengan olah tubuh adalah suatu kegiatan manusia mengolah tubuh yang dengan sengaja menjadikan barang mentah menjadi barang jadi, sehingga siap untuk dipergunakan. Kegiatan ini mengandung maksud iaitu usaha mempersiapkan organ tubuh dalam keadaan stabil (tetap/normal) menjadi kondisi yang labil (lentur/mudah bergerak). Perkataan olah tubuh menunjukkan bahwa tekanan aktivitas pada pengolahan tubuh manusia seutuhnya meliputi jiwa dan raga, yang menjadi satu kesatuan (Sumedi, 1:86).

Olah tubuh bagi seorang penari adalah suatu bentuk aktivitas yang dilakukan dengan jalan melakukan susunan latihan yang teratur meliputi otot-otot, persendian, dan seluruh organ tubuh agar selalu siap berfungsi bergerak dengan baik dan optimal serta diharapkan mampu menambah kualitas gerak.

Di dalam menari, gerak-gerak yang dilakukan oleh penari tentunya memiliki tuntutan tertentu walaupun pada prinsipnya adalah menggerakkan sekmen-sekmen tubuh. Melihat kontek gerak dalam tari dengan tuntutan nilai estetik, maka tidaklah sekedar menggerakkan tubuh seperti dalam aktivitas sehari-hari. Tidaklah mudah memunculkan nilai estetik (yang abstrak) tanpa didahului dengan proses gerak tubuh (materi) yang dapat ditangkap oleh indera penglihatan. Untuk itu bermula dari kemampuan melakukan gerakan-gerakan tubuh, seorang penari mengkomunikasikan perasaannya dengan bahasa gerak. Maka yang terpenting dalam hal ini berpangkal dari tubuh manusia yang menjadi titik tolak sebagai bahasa dalam seni tari.

3.0  KESIMPULAN

Kesimpulannya terdapat banyak lagi jenis-jenis tarian masyarakat di Malaysia. Semua jenis tarian mempunyai sejarah dan tujuan yang tersendiri. Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah mengenali budaya setiap masyarakat yang ada di negara kita. Sebagai contoh mengetahui serba sedikit mengenai budaya tarian dan juga budaya-budaya lain masyarakat di Malaysia. Oleh itu, secara tidak langsung kita dapat menyokong saranan Perdana Menteri tentang Satu Malaysia.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan bermatlamat untuk mewujudkan satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu-padu. Objektif Dasar KebudayaanKebangsaan ialah Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan,Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan, dan Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Usaha ini harus dipuji memandangkan semangat gigih pasukan dalam mengangkat tarian warisan ini merupakan salah satu daripada tarian yang telah diiktiraf sebagai warisan kebangsaan.

4.0  RUJUKAN

AHMAD, N. A. (2009, 3 22). WARISAN TARIAN MELAYU. Diambil 4 24, 2014, daripada TARIAN ASLI: http://warisantarianmelayu.blogspot.com/2009/03/tarian-asli.html
ANUAR, K. (2009, 11 5). DARI MATA KASAR AKU. Diambil 4 23, 2014, daripadaTARIAN KREATIF: http://arnuarsiarkitek2b.blogspot.com/2009/11/festival-tari-makum-2009.html
AZALI, K. (2012, 2 15). AZALI KATHLEEN. Diambil 4 20, 2014, daripada RONGGENG: http://kathleenazali.c2o-library.net/2012/02/ronggeng-dukuh-paruk-seksualitas-penghayatan-sang-penari/
MUI, N. S. (2012, APRIL 22). SCRIBD. Diambil APRIL 19, 2014, daripada TUGASAN 1 : TARIAN: http://www.scribd.com/doc/90603802/Tugasan-1-tarian
NOR, N. M. (2009, 3 27). WARISAN TARIAN MELAYU. Diambil 4 2014, 24, daripada TARIAN DABUS: http://warisantarianmelayu.blogspot.com/2009_03_01_archive.html
SABIHAH, M. (2013, 5 30). BERBAGAI ILMU. Diambil 4 22, 2014, daripada SENI TARI DEFINISI TARI: http://sabihahmutia.blogspot.com/2013/05/seni-tari-definisi-tari.html
SIVIK, C. (2013, 11 20). CIKGU SIVIK. diambil 4 3, 2014, daripada TEMA 4 : KENALI BUDAYA MALAYSIA: http://cikgusivik9192.wordpress.com/nota/tema-4-kenali-budaya-malaysia/
STUDIO, S. D. (2013, 4 10). SPECTRA DANCE STUDIO. Diambil 4 2014, 2014, daripada PENTINGNYA OLAH TUBUH BAGI PENARI: http://spectradancestudio.wordpress.com/2013/10/04/pentingnya-olah-tubuh-bagi-penari/
TULISAN, I. D. (n.d.). INDONESIA DALAM TULISAN. Diambil APRIL 20, 2014, daripada PENGERTIAN TARI: http://www.indonesiadalamtulisan.com/2012/08/pengertian-tari.html
WENITASYA. (2012, 9 5). NO CULTURE, NO UNIQUE. Diambil 4 23, 2014, daripada PAKAIAN ADAT KOREA: http://wenitasya.wordpress.com/article-and-picture/
ZAZALI, N. I. (2010, 8 10). TARIAN DULU, KINI DAN SELAMANYA. Diambil 4 2014, 24, daripada TARIAN ASLI: http://tariandulukinidanselamanya.blogspot.com/2010_08_01_archive.html

No comments:

Post a Comment